Thursday, June 25, 2009

Teknologi hijau | nuklear?



Semua sudah tentu akur bahawa Malaysia mempunyai satu sistem penjanaan kuasa alternatif yang agak rapuh dan tidak mesra alam. Ketika ini hampir 65 peratus kuasa elektrik dihasilkan melalui pembakaran gas asli dan selebihnya daripada penggunaan arang batu dan hidro.

Pergantungan terhadap gas asli tidak akan kekal kerana sumber itu dijangka habis dalam tempoh 10 atau 20 tahun lagi. Ketiga-tiga kuasa penjanaan tersebut juga dikatakan tidak mesra alam kerana kadar penghasilan gas rumah hijau atau karbon adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan kuasa nuklear.

Tidak dapat dinafikan, tenaga elektrik yang diraih daripada kuasa nuklear adalah kaedah paling selamat, mesra alam sekitar, boleh diharap dan murah dalam jangka panjang. Apa yang perlu ialah meyakinkan rakyat supaya menerima pembangunan teknologi nuklear. Ia mesti digerakkan mulai sekarang supaya Malaysia tidak ketinggalan.

PENULIS ialah GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

>> Teknologi nuklear semamangnye dapat menyumbang tenaga elektrik dalam skala yang lebih besar berbanding sumber penjanaan yang lain.. Nuklear bukan setakat nk buat bom aje.. sebagai contoh, 80% sumber elektrik negara Perancis datang dari nuklear.. apa2pon kajian terperinci perlu dilakukan sebelum perlaksanaan kerana kesan kegagalan nuklear semamangnya jelas dimata masyarakat disebalik kebaikannya sendiri.. yeah!

0 comments:

© 2009 kumahuhijau is a member of greencabanas familia .
No part of the content or the blog may be reproduced without permission.
Dapatkan tshirt greencabanas!! Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP